BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 8, 2013

CiNtA yAnG Ku NaNtIkAn



Diciptakan cinta untuk manusia agar tidak berjalan sendirian. 
Sungguh sunyi hidup ini jikalau tiada yang mencintai kita. 
Oleh itu berusahalah manusia mencari pasangan yang ditakdirkan untuknya. 
Lelaki itu dihukumkan berpasangan dengan perempuan. 
Hukum ini untuk semua. Maka sang lelaki berjalan tercari-cari cinta hati, 
sang perempuan pula menantikan kehadirannya untuk melengkapi satu dunia. 
Apabila ketemu maka dunia alam cinta yang unik lagi rahsia untuk mereka pun bermula. 
Bukanlah mudah untuk merungkaikan tiap-tiap alam ini dengan kata-kata yang sama kerana fabrik cerita setiap pasangan yang bercinta itu terjalin dari benang-benang masa yang berbeda-beda di dalam beribu-ribu faktor seperti daerah-daerah bumi yang berlainan topografi, suhu, iklim, agama dan budaya.


Cinta terpateri apabila lafaz perkahwinan diucapkan. 
Menjadi suci setelah pasangan diraikan dalam akad pernikahan. 
Maka bersemi janji untuk saling membahagiakan. 
Tertunai sudah ayat-ayat kerinduan. 
Terus tenggelam dalam kehangatan dakapan menjalinkan harapan agar abadi dalam memori waktu pertemuan pertama setelah selesai disaksikan dan disahihkan percintaan mereka oleh masyarakat.
 Sungguh itulah saat yang indah. 
Sungguh itulah tika yang dinanti-nantikan.

Setelah dipaterikan cinta lantas bermula epilog baru diari percintaan. 
Hari-hari yang mendatang pasti mencabar kewibawaan. 
Bagaimana mungkin membuktikan kesejatian cinta kalau tiada dugaan. 
Hadir dan pergi ujian demi ujian. 
Pada pasangan yang berjaya dan bertahan akan dianugerahi dengan keluarga. 
Lantas kini cinta pun berganda. 
Semakin kukuh jika patuh pada hukum perkahwinan. 
Semakin teguh cinta itu jika dirumahkan. Tapak cinta ialah kerinduan. 
Tiang cinta janji yang dipegang. Dinding cinta dibina dari rezeki yang dilimpahkan. Bumbung cinta ialah kesedaran. Rumah cinta dihiasi anak-anak yang dilahirkan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...