Ramai yang tidak percaya dengan Percintaan seperti ini. Namun begitu jika ingin terus berkekalan dengan pasangan masing-masing, pasangan itu mestilah mempercayai pasangan masing-masing terdapat beberapa cara bagi mengekalkan perhubungan itu.
- Komunikasi
Dalam percintaan jarak jauh ini pasangan bercinta haruslah mempunyai komunikasi yang baik. dengan cara komunikasi ini yang boleh mengeratkan hubungan mereka. pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti SMS, SKYPE, telefon & pelbagai lagi bagi mengeratkan hubungan anda dengan pasangan masing-masing.
- Kata Hati
Selalunya pasangan yang bercinta ini akan mempunyai naluri yang macam-macam namun begitu percayalah jika anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam percayalah dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH.
- Kepercayaan
Kepercayaan ini merupakan asas penting. Anda perlu percaya pada diri anda dan juga pasangan anda. ini amat penting kerana dalam percintaan jarak jauh ini pasangan selalu diuji, jadi setiap pasangan perlu mempercayai pasangan masing-masing jika anda tidak percaya maka perhubungan anda pasti tidak akan berjaya.
- Berdoa
Setiap apa yang dilakukan mesti dari berusaha dan kemudian barulah tawakal. Jika anda dan pasangan anda telah berusaha dalam perhubungan jadi jalan yang terakhir adalah dengan berdoa. ALLAH akan sentiasa membantu umatnya jika kita sentiasa berusaha.
-Berjumpa
Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.
Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.
- Kesimpulannya
Yakin dengan apa yang anda lakukan INSYA-ALLAH percintaan jarak jauh anda akan berjaya. apa yang penting kerjasama di antara anda dengan pasangan anda. dan percaya pada jodoh kerna setiap umatnya telah ditetapkan jodohnya. Andai dia jodoh anda tidak kira sejauh mana jarak anda dengan pasangan anda pasti bersatu jua akhirnya. INSYA-ALLAH.
P/s: sepanjang hidupku juga..aq menjalani cinta jarak jauh..xpernah jarak dekat..bukan xda org nak cuma xnak terima org yg jarak dekat nie..bukan apa..satu je sebabnya..aq xcinta..org yg jarak jauh jugak yg aku cinta..xtaw la mcmmana boleh cinta dgn org yg xpernah jumpa..org yg xcaring face 2 face pun..tapi aq yakin ada hikmah disebalik semua ini..alhamdulillah...cinta jarak jauh nie ada kebaikan nya...elak dari maksiat n godaan syaitan..cuma satu jela..kalau salah sorang yg setia n cinta..n salah sorang nya xdapat tahan dgn cinta jarak jauh nie..xguna jgk..xkan bersatu..semuanya terpulang kepada jodoh masing2....






0 comments:
Post a Comment